Jom Channel
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan penghargaannyakepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang menjadikan harapan rakyat menjadi realiti. "Saya secara peribadi ingin menyatakan penghargaan buat Tun Dr Mahathir Mohamad yang berusaha menggembeleng seluruh tenaga dan pihak dari kalangan pembangkang ketika itu dalam usaha merubah lanskap politik negara ke tahap yang kita kecapi hari ini" katanya dalam satu kenyataan sempena ulang tahun kemenangan PAKATAN HARAPAN pada Pilihan Raya Umum ke-14.