Sukacita saya umumkan Bayaran Khas Aidil Fitri sebanyak RM600 bagi penjawat awam di Pahang yang dalam gred perkhidmatan 54 dan ke bawah. Jumlah mereka yang terlibat ialah kira-kira 8,000 orang.
Nilai RM600 ini merupakan kenaikan RM100 berbanding pemberian RM500 tahun lepas.
Pejabat Kewangan Negeri kini sedang giat memproses pemberian ini yang dijangka dapat dilaksanakan selewat-lewatnya 24 Mei.
Pemberian Bayaran Khas Aidil Fitri ini sekali lagi membuktikan kemampuan kewangan Kerajaan Negeri dan saya berharap para penerima akan dapat menggunakannya sebaik mungkin sebagai persiapan menjelang Hari Raya, InsyaAllah.
DATO' SRI WAN ROSDY WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang