Iftar 'Portluck' Oleh Mukhriz Mahathir infomalay12.blogspot.com


Siapalah punya idea yang menyarankan agar Menteri Besar Kedah, Mukhriz Anak Mahathir mengadakan majlis berbuka puasa atau iftar secara portluck? Ini cara Haji Bakhil. Kedekut tahi hidung masin. Semua kena bawa bekal sendiri dan berbuka dengan beliau Di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. Baik kiranya berbuka di rumah.

Hentikan sikap hipokrit anda wahai Menteri Besar Kedah. Anda seorang MB bertaraf jutawan. Gaji dan elaun sebulan sahaja melebihi RM100 ribu. Aset ratus juta. Namun, ajak Rakyat buka puasa suruh pakat bawa mangkuk sia? Apa salahnya buat kenduri berbuka puasa di kediaman rasmi beliau? Sedekah dan jamu rakyat marhein buka puasa.

Mungkin beliau mahu copycat atau meniru perlakuan YDP Agong yang beberapa kali berbuka puasa bersama Rakyat di Dataran Kuantan. Berbeza dengan Mukhriz, YDP Agong hadir berbuka puasa bersama Rakyat tanpa protokol dan perancangan.


Malah kebiasaan berbuka bersama Rakyat ini dilakukan oleh Baginda sebelum Baginda dilantik menjadi YDP Agong lagi. Mukhriz suami isteri? Semua tahu bahawa mereka adalah anak bapak yang tinggal di Kuala Lumpur.l

Subscribe to receive free email updates: