Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengeluarkan data hutang Kerajaan bagi suku pertama tahun 2019. Suku pertama (Jan-Mac) 2019 ialah RM775.918 billion atau RM776 billion. Ia bersamaan dengan 53.7% KDNK.
Berbanding akhir bulan Disember 2018, hutang negara ialah RM774 billion. Semasa PRU14 dahulu, hutang negara hanyalah RM686.8 billion atau 50.1% KDNK. Dalam masa setahun PH perintah, hutang negara telah meningkat dengan begitu cepat sekali.
RM686.8 billion (50.1% KDNK) masa PRU14.
RM776 billion (53.7% KDNK) sukuan pertama 2019.
Hutang bertambah tetapi produktiviti tiada. Cukai semakin bertambah pelbagai jenis. Harga barang semakin melambung. Taraf hidup Rakyat menurun. Pembuangan pekerja berleluasa. Pasaran saham makin merudum. Nilai Ringgit semakin susut.
Tahniah Rakyat Malaysia memilih Kerajaan PH.