Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa, Dr Azman Ibrahim, berkata saranan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar pesawah menanam padi waktu malam hanyalah gurauan. Amat malang sekiranya Perdana Menteri masih boleh bergurau ketika:
a) Kira-kira 68,000 orang pesawah kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di negeri Kedah dan Perlis, terjejas apabila bekalan baja bagi musim pertama tahun ini masih belum diedarkan.
b) Kerja-kerja menabur benih padi di sawah padi yang mencecah lebih 100,000 hektar telah dilakukan. Malangnya Jadual anak padi berusia 15 hari perlu diletakkan baja untuk kali pertama diikuti selepas 30 hari dan 45 hari untuk peringkat baja seterusnya, tidak dapat dilakukan.
c) Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang masih belum menjalankan bancian baja di kawasan masing-masing. Kalau bancian pun belum dibuat, maka bertambah lambatlah para petani akan dapat bekalan baja yang akhirnya mengganggu tumbesaran anak padi selain menjejaskan pendapatan golongan itu.
Mungkin Pengerusi MADA yang baru, anak Perdana Menteri, Mukriz Anak Mahathir boleh kerap turun Kedah dan Perlis untuk menyelesaikan masalah ini.