Analisis Sandakan: DAP menang di kawasan majoriti Muslim! Ahli tegar Umno & Pas TAK UNDI pun PBS, mereka undi DAP..Pegi mana 9,700 ahli Umno di Sandakan! [Video Kes Najib Dan Rosmah Terang Lagi Bersuluh Bukannya Fitnah] infomalay12.blogspot.com

Ahad, 12 Mei 2019
Tiada penerangan foto disediakan.
DAP menang di kawasan majoriti Muslim.
DAP dilihat berjaya menawan Daerah Mengundi Sim Sim dan Pulau Berhala yang mempunyai jumlah pengundi beragama Islam tertinggi di kawasan itu.
Sekiranya DAP menawan kedua-dua daerah mengundi tersebut, ia bermakna mereka 'menyapu bersih' kesemua 17 daerah mengundi.
Majoriti PRK Sandakan 2019 : 11,521 undi
Majoriti PRU14 Sandakan 2018 : 10,098 undi

Umno akan gerakkan 9,700 ahli di Sandakan undi calon PBS

Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin membuat penampilan pertama dalam kempen pilihan raya kecil Sandakan.
Bung Moktar tampil menyampaikan ceramah di Kampung Sim Sim malam tadi dengan memberitahu kira-kira 300 hadirin bahawa Umno Sabah akan menggerakkan penyokongnya di Sandakan untuk mengundi calon PBS Linda Tsen pada hari mengundi.
"Saya mahu jelaskan. Terdapat 14,000 pengundi Melayu (di Sandakan) dan 9,700 daripadanya adalah ahli Umno yang merupakan pengundi di Sandakan," kata Bung Moktar yang disambut sorakan hadirin.

Subscribe to receive free email updates: