Adakah Cadangan ECRL Seterusnya Adalah Ke Parlimen Sungai Siput? infomalay12.blogspot.com


Setiap kali PRK berlaku, setiap kali itu jugalah janji Kerajaan PH untuk melencongkan landasan kereta api laju ke tempat berkenaan. Jika amalan ini diteruskan, berkemungkinan besar laluan berkenaan akan dilencongkan ke Parlimen Sungai Siput.

Ini memandangkan satu laporan polis telah dibuat ke atas Ahli Parlimen PKR Sungai Siput kerana dikatakan membuat sexsual harrassment kepada pekerja wanitanya. Wanita berkenaan dalam laporan polisnya berkata dia pernah berkhidmat dengan Ahli Parlimen itu sebagai seorang pegawai penyelidik Parlimen sejak 9 Mei tahun lepas serta bendahari PKR bahagian di Perak.

Menurut FMT, wanita yang sudah bersuami itu mendakwa, pada hujung April Wakil Rakyat itu sering membuat panggilan video dan mempamerkan buku Kamasutra kepada beliau serta gambar-gambar wanita yang lucah.

Sekiranya benar dakwaan di dalam laporan polis berkenaan, Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.


Subscribe to receive free email updates: