PEMANGKU Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador sah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu.
Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditemui media selepas majlis sambutan Hari Pekerja Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
Ketika ditanya wartawan berhubung perkara itu, Dr Mahathir menjawab: “Ya, saya fikir dia lah jadi IGP (Ketua Polis Negara).
“Saya rasa Yang di-Pertuan Agong sudah tandatangan surat pelantikan itu,” katanya.
Abdul Hamid akan menggantikan Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang akan bersara wajib Jumaat ini.
Mohamad Fuzi dilantik sebagai Ketua Polis Negara menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar pada 4 September 2017.
Abdul Hamid menjadi perhatian pada 2015 apabila membuat pendedahan mengenai pihak tertentu yang menyembunyikan saksi utama dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selain mendesak siasatan terus ketika menjawat jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman.
Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang kepahlawanan tertinggi daripada Kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan dan pihak berkuasa republik itu melumpuhkan kegiatan keganasan Jemaah Islamiah (JI) dan elemen pengganas Daish.
Related Posts :
[Video BN Perak sahkan 2 wakil rakyat lompat sertai HARAPAN] PH dapat mandat bentuk kerajaan Perak. infomalay12.blogspot.comSabtu, 12 Mei 2018
PH dapat mandat bentuk kerajaan Perak
Faizal bersama Pengerusi AMANAH Perak, Asmuni Awi ketika ditemui media sele… Read More...
[Video Najib letak jawatan Presiden UMNO, Pengerusi BN serta-merta & Najib, Rosmah disenarai hitam Jabatan Imigresen] BONGKAR! SIAPA Peter Sondakh? Ho, Ho, Hooo, Najib letak jawatan Presiden Umno, Zahid pangku. infomalay12.blogspot.comSabtu, 12 Mei 2018
Suara Rakyat
Suka Halaman Ini · 12 jam ·
BONGKAR !!!.. Selepas kerajaan BN … Read More...
[Video Dr M: Najib dihalang ke luar negara kerana harus disiasat] Perkembangan TERKINI NAJIB & Rosmah Dijangka Lari di Lapangan Terbang Subang. infomalay12.blogspot.comSabtu, 12 Mei 2018
… Read More...
[Video Dr M: Najib dihalang ke luar negara kerana harus disiasat] Perintah larang Najib ke luar negara datang dari PM infomalay12.blogspot.comSabtu, 12 Mei 2018
Perintah larang Najib ke luar negara datang dari PM
Beberapa jam selepas Datuk Seri Najib Razak disenarai hitam oleh pi… Read More...
[Video Guan Eng, Mat Sabu, Muhyiddin jadi menteri kanan] Daim, Zeti, Hassa Marican, Robert Kuok, & Dr Jomo dilantik anggota majlis penasihat kerajaan. infomalay12.blogspot.comSabtu, 12 Mei 2018
Guan Eng, Mat Sabu, Muhyiddin jadi menteri kanan
Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini mengumumkan tiga daripada tujuh men… Read More...