Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Pendidikan GUru (BPG) akan melaksanakan ambilan bagi Korea-Malaysia Teacher Exchange Programme (KOMTEP) dengan jalinan kerjasama Kementerian Pendidikan Republik Korea dan Asia-Pacific Centre of Education for International Understanding, UNESCO (APCEIU) bagi tahun 2019.
Program ini akan bermula pada Ogos 2019 dengan penempatan seramai sepuluh (10) orang guru Korea di lima (5) buah sekolah di Johor manakala dari Malaysia akan dihantar ke Republik Korea mulai September 2019 sehingga November 2019 selama tiga (3) bulan.