Sumber foto: |
Hari Guru adalah hari yang dinanti-nantikan oleh semua warga pendidik di sekolah. Hari ini juga merupakan hari penghargaan istimewa untuk kalangan guru.
Pastinya pelbagai acara telah dirancang oleh pihak sekolah untuk meraikan Hari Guru di sekolah masing-masing.
Berikut kami senarai beberapa permainan sukaneka berserta kaedah pelaksanaannya untuk memeriahkan lagi hari berkenaan.
- Setiap ahli pasukan akan membawa botol mineral dengan meletakkan di atas kepala mengelilingi kon.
- Pasukan yang cepat dikira sebagai pemenang.
2. Lontaran Kasih
- Setiap pasukan akan dibekalkan satu belon yang berisi air.
- Belon akan dilontar mengikut jarak yang ditetapkan.
- Pasukan yang berjaya melontar dan menyambut belon dengan jarak yang paling jauh dikira sebagai pemenang.
3. Bowling Klasik
- Setiap ahli kumpulan akan membuat satu balingan menggunakan buah kelapa kea rah botol yang telah disusun.
- Pasukan yang berjaya menjatuhkan botol terbanyak dikira sebagai pemenang.
4. Pijak
- Setiap ahli kumpulan akan dibekalkan satu belon dan diikat di pergelangan kaki.
- Peserta akan memijak belon ahli kumpulan lain dalam masa tiga minit.
- Kumpulan yang mempunyai belon terbanyak yang belum pecah dikira sebagai pemenang.
- Setiap ahli kumpulan akan diberi 10 biji ping pong.
- Peserta perlu melontar dengan melantunkan bola pingpong ke dalam baldi/cawan dalam masa 3 minit.
- Pasukan yang berjaya memasukkan bola pingpong terbanyak dikira sebagai pemenang.
6. Cari Getah Dalam Tepung
- Semua ahli kumpulan mesti terlibat dalam permainan ini.
- Setiap/semua peserta mestilah beratur di garisan permulaan dan muka mereka akan dibasahi dengan air.
- Selepas wisel ditiupkan, permainan dimulakan dengan peserta pertama dari tapak permulaan berlari ke garisan permainan bermula.
- Peserta tersebut mestilah meniup tepung di dalam pinggan dan mengambil hanya satu getah dengan menggunakan mulut dan diletakkan ke dalam bekas yang disediakan.
- Permainan diteruskan dengan peserta kedua dan seterusnya bergilir-gilir mengikut urutan sehingga wisel penamat dibunyikan iaitu selepas 10 minit.
- Kumpulan yang berjaya mengumpul paling banyak getah akan dikira sebagai pemenang.
7. Straw Di Mulut
- Setiap ahli kumpulan akan berada dalam satu barisan dan akan dipisahkan dengan jarak tertentu.
- Setiap peserta akan diberikan satu straw dan letakkan straw tersebut di mulut masing-masing.
- Ahli pertama daripada setiap kumpulan akan memulakan permainan dengan pass getah yang diberikan oleh penyelaras kepada ahli seterusnya dengan menggunakan straw di mulut. Kemudian ahli kedua pula pass getah tersebut kepada ahli ketiga dengan cara yang sama, dan seterusnya sehingga peserta terakhir.
- Peserta terakhir perlu meletakkan getah tersebut di atas kertas/pinggan yang disediakan oleh fasilitator dengan menggunakan straw.
- Permainan ini akan diteruskan sehingga tempoh masa tamat. Masa permainan adalah 10 minit.
- Kemenangan akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya mengumpul bilangan getah yang paling banyak.
Peralatan: Stop watch, Wisel, Straw, Pinggan, Gelang getah, Tali Ikat Tangan
8. Kembarku
- Setiap kumpulan terdiri daripada 7 ahli.
- Kain diagihkan untuk mengikat kaki setiap ahli supaya menjadi kembar.
- Setiap kembar akan berlari menuju ke garisan penamat.
- Kembar yang mencatat masa terpantas dikira sebagai pemenang.
- Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati
9. Belon oh Belon
- Setiap kumpulan terdiri daripada tujuh orang.
- Mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu 4 daripadanya berada di tapak satu dan 3 peserta lagi di tapak dua.
- Selepas wisel dibunyikan, permainan dimulakan dengan peserta pertama dari tapak satu membawa belon air kepada peserta di tapak dua.
- (Cara membawa belon air ialah dengan belon air dikepit dengan kedua-dua kaki dan peserta tidak dibenarkan memegang belon air dengan tangan.)
- Peserta di tapak dua akan menyambut belon air itu dan membawa belon air kepada peserta di tapak satu. Permainan dikira tamat jika peserta-peserta yang pada awalnya berada di tapak satu kesemuanya telah berada di tapak dua dan peserta-peserta yang pada awalnya berada di tapak dua pula telah berada di tapak satu.
- Peserta seramai 10 orang.
- Berlari secara berganti-ganti
- Kumpulan paling cepat tamat di kira sebagai pemenang
11. Musang Berjanggut
- Peserta seramai 5 orang
- Dibekalkan dengan sekeping surat khabar, 4 keping kertas A4, sekeping pinggan kertas dan seuncang kekacang.
- Peserta dikehendaki untuk mengasingkan kekacang mengikut jenisnya.
- Perlu menggunakan daya kreativiti dengan bahan yang dibekalkan.
- Bahan yang diberi tidak boleh bercampur setelah dihantar. Jika bercampur dikira kalah.
- Kumpulan yang paling cepat dan bahannya tidak bercampur dikira sebagai pemenang.
12. Tepung Gomak
- Peserta seramai 10 orang
- Peserta perlu meniup tepung untuk mendapatkan gula-gula
- Setiap peserta hanya boleh mengambil sebiji gula-gula pada setiap pusingan
- Kumpulan terpantas yang terbanyak mendapat gula-gula dikira sebagai pemenang.
13. Model Mumia
- Peserta adalah seramai 5 orang
- Setiap kumpulan perlu memilih seorang model untuk dijadikan mumia
- Kumpulan akan dibekalkan dengan 4 gulung tisu. Tisu tersebut perlu digunakan sehingga
- habis.
- Peserta perlu membalut semua bahagian anggota model kecuali mata.
- Kumpulan perlu menggunakan daya kreativiti masing2 untuk menghias model. Alat bantu sendiri untuk menghias model adalah di benarkan.
- Mumia akan diadili oleh juri dan juga wakil pelajar.
Lain-lain acara yang disarankan