Laporan Kewangan Dan Laporan Audit Pun Abang Mad Tak Boleh Beza? infomalay12.blogspot.com

Semalam Menteri Kewangan mengeluarkan kenyataan bahawa laporan audit LTAT 2018 adalah satu pembohongan.



Hari ini, Mat Sabu mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa beliau telah tersilap dalam ceramah semalam dan telah kelirukan orang ramai.



Beliau berkata pembohongan itu bukan ada di dalam laporan audit tetapi ada di laporan kewangan LTAT.

Untuk maklumat Mat Sabu, setiap laporan kewangan yang dikeluarkan perlu diaudit oleh juruaudit. Setiap penemuan (findings/non-conformance) perlu dilapirkan di dalam laporan audit.

Mat Sabu faham atau tidak proses pengauditan ke atas laporan kewangan? Sekiranya laporan kewangan yang diaudit didapati berbohong atau juruaudit yang berkenaan gagal mengesan sebarang penipuan di dalam laporan kewangan, tindakan tatatertib wajar diambil ke atas juruaudit-juruaudit berkenaan

Ini saranan daripada seorang juruaudit yang berpengalaman lebih 20 tahun kepada pakar kulinari yang tidak habis belajar peringakt diploma.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :