Dahulu semasa tahun 2013, berkokoklah Pengerusi Anwara sekarang, artis diva Siti Norhaliza mempertikaikan kedatangan artis Korea, Psy yang terkenal dengan lagu 'Oppa Gangnam Style'. Kononnya artis Malaysia boleh membuat persembahan yang lebih baik.
Ini ditambah dengan pemimpin-pemimpin sekutu beliau di dalam Pakatan Harapan seperti Tian Chua yang turut mengkritik Kerajaan BN yang kononnya tidak menghiraukan nasib Rakyat yang dibebani kos sara hidup yang tinggi dan dihimpit kemiskinan.
Kini, tahun 2019, Menteri Tisu Negara, Syed Saddiq, sedang berusaha untuk membawa artis Kpop Korea BTS ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Apa beza Psy dengan BTS? Sekarang taraf hidup Rakyat Malaysia semakin baik? Rakyat Malaysia semakin kaya? Artis Malaysia jauh ketinggalan berbanding artis Korea?