Setelah kalah dalam PRK Rantau tempoh hari, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke terpaksa mengubah kenyataan. Kini jalinan ECRL yang melalui Nilai hanyalah semata-mata satu cadangan.
Sedangkan sebelum PRK Rantau, beliaulah orang yang berjanji bulan dan bintang untuk menyediakan laluan berkenaan kepada Rakyat Negeri Sembilan bersama-sama dengan Timbalan Perdana Menteri.
Jangan terkejut jika sehari dua ini beliau tampil untuk berjanji untuk menyediakan pula laluan ECRL melalui bawah laut menuju ke Sandakan. Semuanya gara-gara untuk memancing undi.
Anthony Loke tidak perlulah ghairah untuk mempertahankan pembohongan Kerajaan PH. Sedangkan rombongan ke China bersama-sama Perdana Menteri, beliau ditinggalkan. Portfllio dan bidang kerja beliau di China diambil alih oleh Menteri lain yang tidak berkenaan iaitu Zuraida Kamaruddin.
Kesimpulannya, dalam.keadaan Kerajaan PH yang carca merba, dan sekiranya saya adalah Anthony Loke, sudah pasti saya sudah terjun dari tingkat atas Bangunan KLCC, kerana dimalukan begini.