Fitnah-Fitnah ECRL Dirungkai Perdana Menteri Sendiri infomalay12.blogspot.com





Winston Churchill pernah mengatakan, "a lie gets halfway around the world before the truth has a chance to get its pants on." Alhamdulillah, hari ini satu lagi pembohongan Pakatan Harapan terbongkar. Dibongkar oleh tidak lain dan tidak bukan Perdana Menteri sendiri. Di atas adalah keratan fitnah-fitnah berkaitan ECRL yang boleh diringkaskan seperti berikut:

- ECRL adalah satu usaha jahat (scam) untuk melindungi 1MDB.
- Kos ECRL lebih tinggi disebabkan duit dicuri oleh Jho Low.
- ECRL menandakan Najib menjual negara kepada China.

Realitinya, pertama, kos ECRL mahal di zaman pemerintahan Kerajaan BN disebabkan ianya melalui kawasan berbukit (kos terowong Bentong-Gombak) yang dianggarkan RM10 billion, jarak yang lebih panjang dan melibatkan lebih banyak stesen-stesen atau hentian perantaraan.

Kedua, tiada kaitan antara ECRL dan 1MDB. Berikut adalah soalan yang ditanya pemberita kepada Perdana Menteri setelah Sidang Media pagi tadi:

Wartawan: Adakah projek ECRL (sebelum ini) digunakan untuk bayar hutang 1MDB?
Perdana Menteri: Kita syak saja sebab kosnya begitu tinggi.

Ketiga, sepanjang rundingan wakil Kerajaan Malaysia, Tun Daim dengan Kerajaan China, tidak ada elemen korupsi ditemui. Sekarang kerajaan hanya boleh berbangga kononnya telah 'menjimatkan' projek ECRL. Hakikatnya, ia adalah satu usaha 'downsizing'.

Keempat, Semasa Kerajaan BN, projek ECRL 100% milik Kerajaan Malaysia. Zaman Kerajaan PH, ECRL  akan dimiliki secara 'joint venture' atau perkongsian yang mana 50% dimiliki Kerajaan China. Siapa yang jual negara sebenarnya?

Kesimpulannya, cybertroopers Kerajaan terpaksa bekerja lebih masa untuk menjawab isu fitnah ECRL ini.

Subscribe to receive free email updates: