Apabila Khazanah Berhad kerugian RM6.3 billion, Menteri Ekonomi yang juga Pengarah Syarikat, DS Azmin Ali pantas mengeluarkan kenyataan, janganlah kita menunding jari. Beliau terlupa sewaku Khazanah kerugian RM80 juta dalam perniagaan baju dalam dan coli, beliaulah orang yang bertempik minta penjelasan.
Kedua, apabila Khazanah kerugian RM6.3 bilion, syarikat pelaburan Kerajaan berkenaan tetap terpaksa dan dipaksa membayar dividen berjumlah RM1.5 billion. Mungkin Menteri Ekonomi ini terlupa, di dalam kes Tabung Haji (TH), pemimpin PH membantah pemberian hibah / dividen kepada pendeposit TH konon hibah tidak boleh diberikan apabila nilai aset lebih rendah daripada liabiliti, dan TH perlu menerbitkan keuntungan dalam tahun tersebut.
Troll DS Najib Razak terhadap Menteri Ekonomi sangat mendalam. Kalau beliau tidak faham lagi, tak tahulah nak kata apa.