RM7.5 Billion Adalah Hutang Peneroka FELDA Rupanya infomalay12.blogspot.com


Hari ini FELDA mengeluarkan kenyataan bahawa hutang FELDA berjumlah RM7.5 billion sebenarnya adalah hutang peneroka-peneroka kepada FELDA dan bukannya berpunca dari salah tadbir urus atau penyelewengan pihak-pihak tertentu, seperti yang didakwa Pakatan Harapan.

FELDA terpaksa mengambil alih dan menanggung hutang tersebut untuk memberi hutang kepada peneroka-peneroka FELDA bagi program penanaman semua sawit. Baca artikel Berita Harian, di sini.

Di dalam Manifesto Pakatan Harapan, mereka menjanjikan kepada peneroka-peneroka FELDA, hutang peneroka kepada FELDA akan dihapus kira dalam tempoh 100 hari Pakatan Harapan menjadi Kerajaan. Kini setelah lebih 200 hari, tiada sebarang tindakan berhubung dengan janji melupuskan hutang-hutang tersebut dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan.

Apakah semasa Pakatan Harapan membuat janji itu mereka tidak tahu jumlah hutang FELDA? Mereka jugak yang membuat tuduhan-tuduhan kononnya FELDA di ambang kebankrapan sehingga ada pimpinan tertinggi yang di saman FELDA.

Pendekatan pimpinan Pakatan Harapan untuk memburukkan Barisan Nasional dengan tagline "Ini semua salah Najib Razak" sudah tidak lagi ditelan bulat-bulat oleh Rakyat. Semakin hari semakin terbukti tuduhan-tuduhan yang dibuat Pakatan Harapan adalah tidak berasas dan fitnah.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :