New Straits Times hari ini mendedahkan transkrip keputusan yang dikongsi oleh Timbalan Menteri Luar. Ironinya, transkrip berkenaan kelihatan sama dengan gambar yang terdapat pada laman sesawang Cambridge International University (CIU).
Transkrip yang dikongsi oleh Datuk Marzuki Yahya di atas mempunyai persamaan dengan pemilik Abraham Kesington di bawah.
Hasil pemeriksaan lanjut ke atas alamat yang terdapat pada transkrip tersebut mendapati universiti berkenaan hanyalah sekadar rumah kedai (gambar ketiga di atas).
Laman sesawang CIU juga hari ini tidak dapat diakses, komonnya telah digodam.