Calon PPBM di PRK Semenyih semalam menjelaskan kecelaruan yang timbul mengenai maklumat pengajian dia di LinkedIn. Paparan di LinkedIn menyatakan beliau tamat pengajian PhD pada 2016. Ini bercanggah dengan risalah (flyer) maklumat calon yang diedarkan. Dalam risalah tersebut menyebut beliau masih mengikuti pengajian untuk PhD di UiTM.
Calon PPBM menjelaskan beliau terlupa kemaskini maklumat di LinkedIn. Pada masa memuat naik maklumat pengajian itu beliau menjangkakan akan tamat pengajian PhD pada 2016. Namun begitu beliau terpaksa menangguhkan pengajian kerana terpaksa menjaga nenek yang sakit.
Pertama, kita bagi alasan lupa kemaskini profail ini selalunya bila sudah naik taraf kelulusan atau jawatan. Contohnya, kita sudah naik pangkat sebagai CEO tetapi jawatan kita dalam Linkedln masih COO. Boleh jadi kita lupa juga masih berjawatan CEO dalam profail walaupun sudah jadi penganggur. Boleh jadi kita juga lupa kemaskini profail kita dari Ijazah Sarjana Muda kepada Sarjana atau kedoktoran.
Ini perkara biasa sebagai manusia. Namun, kalau anda belum dapat PhD tiba-tiba dalam profail diri sudah letak kelulusan PhD, macam mana hendak bagi alasan 'saya lupa kemaskini'? Itu menipu sebenarnya.
Kedua, ibu dan ayah calon berkenaan masih ada dan sihat walafiat. Bukankah tanggungjawab salah seorang daripada mereka untuk menjaga ibu mereka? Kenapa pulak si cucu yang sibuk menjaga nenek yang sakit sehingga tidak dapat menghabiskan pengajian PhD?
Kesimpulan dari episod yang dapat kita pelajari dari kisah ini adalah pemimpin-pemimpin Kerajaan PH termasuk calon-calon yang bakal bertanding memang bijak dalam soal menipu. Yang bodohnya apabila sudah kantoi ditangkap menipu, alasan yang diberikan tidak masuk akal.