Timbalan Menteri Pula Berlumba-Lumba Tunjuk Bodoh infomalay12.blogspot.com


Kemana tumpahnya kebodohan Menteri Kewangan DAP kalau tidak kepada pengikut satu parti yang sama dengan beliau. Dalam kes ini kebodohan Menteri Kewangan DAP tumpah kepada Timbalan Menteri MITI. Ong Kian Ming, atau dikenali sebagai Ipin, mempertikan mantan Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak yang kononnya mencuri kredit penjawat awam MITI yang membawa pelaburan langsung asing.

Pertama, di dalam mana-mana urusan korporat, bukankah Menteri atau Ketua Pegawai Eksekutif  (CEO) yang akan pergi berbincang untuk dapatkan pelaburan? Ini disebabkan Menteri dan CEO ada kuasa eksekutif untuk tentukan polisi dan dasar. Pegawai penjawat awam tiada kuasa tentukan polisi. Mereka hanya menjalankan polisi yang sedia ada.

Kedua, Menteri boleh buat dasar berdasarkan apa yang pelabur kehendaki atau mencari pelaburan bersesuaian dengan dasar dan polisi kementerian . Kalau ianya perlu diubah sedikit polisi, Menteri ada kuasa untuk berbuat demikian. Pegawai penjawat awam cuma selesaikan bab prosedur dan kertas kerja. Perbincangan dan persetujuan awal Menteri yang selesaikan .

Kesimpulannya, memandangkan Ong Kian Ming mengeluarkan kenyataan bahawa pegawai kakitangan awam MITI yang membawa pelaburan langsung asing masuk ke Malaysia, satu soalan CTS hendak bertanya. Kenapakah dengan pegawai kakitangan awam MITI yang masih sama, pelaburan baru masuk berkurangan?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :