Tindakan Menteri Kewangan Hong Kong, Lim Guan Eng membandingkan peruntukan untuk tiga kolej universiti swasta berjumlah RM6 juta kepada Kolej Universiti New Era di Selangor, Kolej Universiti Selatan di Johor dan Kolej Universiti Han Chiang di Pulau Pinang dengan peruntukan RM15 juta kepada UIAM adalah tidak masuk akal dan agak memperlekehkan Rakyat.
Pertama, adakah Lim Guan Eng tidak faham perbezaan antara kolej swasta dengan universiti awam milik Kerajaan?
Kedua, peruntukan untuk tiga kolej universiti swasta ini tidak ada di dalam Bajet 2019 untuk Kementerian Pendidikan dan tidak pernah dibentangkan dan diluluskan di Parlimen.
Ketiga, kita setuju dengan pendapat Lim Guan Eng bahawa isu peruntukan kepada 3 kolej universiti swasta ini tidak patut di jadikan isu perkauman. Persoalannya, kenapa hanya kolej universiti swasta Cina?
Nota Kaki:
Idea siapakah ini? Harap ianya bukan dari Kementerian Kewangan. Kenapa hanya skim pembiayaan usahawan perusahaan kecil komuniti untuk kaum Cina? Bagaimana untuk kaum India? Punjabi? Siam? Iban? Kadazan?