Guru bukan pemalas! - NUTP infomalay12.blogspot.com

Imej via IKIMfm
KUALA LUMPUR 4 Jan. - Tohmahan yang dilemparkan kepada golongan guru setelah berkali-kali memohon supaya kerajaan mengurangkan beban tugas mereka bukanlah kerana guru ini pemalas, sebaliknya mereka hanya mahu sistem kerja yang lebih efisien dan produktif untuk murid.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Harry Tan Huat Hock (gambar) berkata, apa yang paling dimahukan guru adalah waktu bersemuka dengan murid yang lebih ba­nyak.

“Kalau boleh dalam tempoh 10 jam beker­ja, sembilan jam adalah masa bersama murid dan satu jam lagi untuk dokumentasi. Sekarang kira-kira empat jam dihabiskan untuk urusan dokumentasi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, guru tidak mempunyai masalah untuk menjalankan tugas dokumentasi namun biarlah ia relevan dan tidak bertindih.

“Contohnya untuk mengisi maklumat pelajar dan ibu bapa, sepatutnya ia hanya perlu diisi sekali. Namun kini guru perlu mengisi perkara yang sama sehingga empat kali.

“Sepatutnya dalam zaman teknologi ini, urusan sebegini dipermudahkan,” katanya.

loading...

Subscribe to receive free email updates: