PEKERJA HONDA INI JUGA MENGHINA AGAMA ISLAM DAN ALLAH, SEOLAH-OLAH TUHAN UMAT ISLAM SUDAH HILANG SIFAT AR RAHMAN DAN AR RAHIM.
JABATAN AGAMA ISLAM TOLONG BUKA MATA DAN JANGAN PAK MENTERI DIJABATAN PERDANA MENTERI JANGAN TIDUR.
-Pak Karamu-
Hina kematian Adib, pekerja Honda diberhentikan
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Syarikat pengedar kereta Honda, Sri Utama Auto Sdn Bhd (Sri Utama Auto) memberhentikan kakitangannya yang mengeluarkan kenyataan menghina kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di laman sosial.
Pengarah Sri Utama Auto, Wong Chee Keong, tindakan diambil selepas siasatan dalaman mendapati kakitangan itu melanggar polisi syarikat.
"Kami sekali lagi memohon maaf atas komen yang dibuat. Kami akan memberi lebih perhatian dalam melatih dan mendidik kakitangan kami untuk menanam nilai moral dan hormat kepada semua individu pada setiap masa," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, seorang wanita memuat naik komen biadab ketika pengumuman pemergian Muhammad Adib di laman sosial Facebook.
Komen itu dibuat ketika siaran langsung pengumuman dari Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin dan menjadi tular di media sosial.
Susulan itu, Sri Utama menggantung tugas wanita itu bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.