Rakyat sebenarnya masih tak jelas arah tuju kerajaan dalam mentadbir negara. Itu sebab ramai yang bersikap curiga dalam menghadapi tahun baru 2019 yang bakal menjengah beberapa hari lagi.
Kesetabilan ekonomi yang tak kunjung tiba dipengaruhi oleh ketidakstabilan politik menyebabkan kehidupan rakyat juga tidak stabil dan selesa.
Apabila pengumuman penurunan harga minyak akan dilaksana pada 1 Januari 2019 sedikit sebanyak ianya memberikan ruang cahaya dihujung terowong yang selama ini suram melengkari kehidupan rakyat.
Kerajaan mengumumkan harga minyak RON95 akan dijual pada harga lebih rendah bermula 1 Januari tahun depan.
“Sejajar dengan trend penurunan harga pasaran minyak dunia pada ketika ini, kerajaan akan menyelaraskan harga runcit produk petroleum termasuk RON95 kepada harga yang lebih rendah mulai 1 Januari 2019 memandangkan penetapan harga jualan runcit produk petroleum adalah secara bulanan.
“Ini memberikan kelebihan kepada pengguna sekiranya harga minyak dunia sedang naik tetapi memandangkan trend harga minyak adalah menurun kerajaan sedia menukarkan asas penetapan harga jualan runcit produk petroleum secara mingguan,” kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Almaklum rakyat masih lagi kuat menghidu bau hancing di sebabkan gagalnya segala janji manifesto dalam PRU yang lalu. Itu yang tak berapa selera dengan kenyataan demi kenyataan selagi ianya belum dibuktikan dengan tindakan dan penguatkuasaan..!
Lu Fikir La Sendiri..!