KUCHING – Semua penjawat awam di negeri ini bakal menerima bonus sebanyak satu setengah bulan gaji atau minimum RM2, 000 kata Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Katanya, bonus tersebut akan dibayar pada penghujung bulan Disember.
Pemberian bonus ini adalah sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap kerja keras serta dedikasi para penjawat awam di negeri ini,” katanya.
Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi berkata demikian semasa sesi pengulungan persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.- Bernama