CTS mengaku memang teruja dengan setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan Kerajaan Pakatan Harapan. Sememangnya di luar kotak (out of the box). Bukan setakat di luar kotak, di luar bilik terus!
Yang terbaru, Dr Maszlee Malik mencadangkan agar kolam hotel digunakan untuk mengajar pelajar-pelajar sekolah berenang. Ini rentetan idea beliau yang terdahulu bahawa pelajar sekolah akan diajar berenang untuk mengelakkan mereka jadi mangsa lemas.
Pertama, kita terima dahulu idea Menteri yang mempunyai Doktor Falsafah ini. Kemudian kita tanyakan kepada beliau soalan-soalan berikut:
1. Adakah peruntukan untuk menyewa kolam hotel ini diperuntukkan di dalam Bajet 2019 atau adakah ianya akan dimasukkan ke dalam Bajet Tambahan kelak?
2. Sekiranya tidak, adakah pihak sekolah atau PIBG mampu membiayai sewaan atau penggunaan kolam ini? Waima untuk membayar yuran PIBG yang amat sedikit sekarangpun, ibu bapa sudah merungut, inikan pula membayar yuran bulanan sewaan kolam renang hotel?
3. Sekiranya tidak juga, adakah pihak Kementerian Pendidikan akan mewajibkan setiap hotel untuk membenarkan pelajar-pelajar seolah menggunakan kolam hotel untuk pengajaran pelajar-pelajar untuk berenang?
Dear Dr Maszlee, I rest my case.