(PTPTN) YB PH KRITIK Bajet, sahkan Anak Muda TERTIPU, Kerajaan MENIPU RAKYAT' infomalay12.blogspot.com


KUALA LUMPUR: Seorang wakil rakyat Pakatan Harapan menggesa kerajaan mencari penyelesaian berkaitan cara pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, ramai pelajar dan anak muda merasakan tertipu kerana kerajaan gagal menunaikan janjinya berkaitan pinjaman PTPTN.
Saya tidak mahu berada di pihak kerajaan ini, kerajaan yang cuba menipu rakyat. Maka saya mintalah, susun balik isu PTPTN ini.
“Bantulah anak-anak muda, pelajar. Kita dengarlah masalah mereka, jangan keras sangat. Jangan libatkan sangat soal dolar dan sen, kalau sudah berjanji, maka tunaikan.
“Kalau tidak dapat tunaikan sepenuhnya, buatlah sebahagian atau kalau tidak dapat buat sebahagian, buatlah sukunya,” katanya sewaktu membahas Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di Dewan Rakyat hari ini.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2019 pada 2 November lalu mengumumkan jadual pembayaran balik PTPTN dengan cara potongan gaji antara 2% hingga 15% terpakai kepada peminjam berpendapatan lebih RM1,000 sebulan.
Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan turut dilaporkan berkata, pihaknya tidak boleh membenarkan peminjam membayar pinjaman apabila gaji mencapai RM4,000 sebulan seperti dijanjikan dalam manifesto pilihan raya PH.
Hari ini, Wan Saiful dilaporkan berkata, PTPTN akan mengumumkan kaedah pembayaran balik pinjaman membabitkan butiran potongan gaji dan pelepasan cukai pendapatan individu bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional, bulan depan.
Sementara itu, Hassan meminta kerajaan mengambil kira pandangan pemimpin pembangkang, khasnya Barisan Nasional (BN) yang mempunyai pengalaman dalam kerajaan.
Saya katakan bajet yang dibentang oleh Lim Guan Eng tidak sempurna ,tetapi dalam keadaan negara kita yang mempunyai liabiliti dan hutang besar, terpaksa merangka sebaik mungkin.
“Saya berharap menteri kewangan dan kerajaan pertimbangkan, bukan semua yang dikatakan oleh pemimpin kerajaan, bebas dan pembangkang tidak ada merit, tetapi ada merit.”
Beliau memberi contoh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan pagi tadi.
Pagi tadi, (ahli Parlimen) Bera saya teliti ucapannya yang sebut mengenai masalah rakyat di luar bandar. Petani, penoreh getah, pekebun kecil, nelayan dan penternak.
“Bahkan, ia turut disebut oleh pemimpin PAS dan Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (PH-Kapar) turut sebut. Saya harap kerajaan dapat semak semula bajet ini.” - fmt

Subscribe to receive free email updates: