Saya terjumpa video ini di laman web mengenai pecahan pendapatan hasil Harapan Coin dan ke mana ia akan disalurkan.
Matawang kripto dikatakan boleh digunakan dalam pelbagai transaksi kerajaan. Jadi saya berpendapat bahawa rakyat perlu tahu.
30 peratus diberi kepada developer skim.
30 peratus kepada Parti Amanah Negara.
40 peratus kepada Pakatan Harapan.
Saya tanya sekali lagi, apa sebenarnya agenda Harapan Coin ini, dan siapa sebenarnya yang untung?
Saya mahu Khalid Samad dedahkan dalang di sebalik projek ini.
Namakan mereka satu per satu.
Jangan cuba ambil kesempatan dan aniaya rakyat, saya akan lawan!
Oleh: Najib Razak