BUTTERWORTH, 14 Nov (Bernama) -- Sebanyak 175 kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) didapati penuh berisi dengan bahan buangan plastik yang tidak diisytihar dan tidak mendapat permit import (AP) daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, sekali gus menimbulkan masalah kepada pihak berkuasa pelabuhan dan Jabatan Kastam.
Menteri berkenaan, Zuraida Kamaruddin, yang melawat terminal itu hari ini berkata, beliau dimaklumkan bahawa perkara itu adalah sesuatu yang hampir merupakani 'perkara’biasa' di Penang Port apabila bahan buangan plastik dibawa masuk sebelum mendapat kelulusan daripada kementerian.
“Malah, sebelum mendapat kelulusan daripada kementerian bagi mengimport plastik, mereka (pengimport) sudah membuat tempahan daripada negara sumber.
“Apabila (kontena) tiba, barulah mereka mengemukan permohonan AP. Sebab itulah pelabuhan ini penuh dengan kontena yang tidak diisytihar, memenuhi ruang dan menimbulkan kesusuhan kepada pihak berkuasa pelabuhan dan Kastam,” katanya kepada pemberita selepas lawatan itu.