Equanimity Perlu Belayar Rupanya, Jadi Salahlah Kenyataan Polis Semalam? infomalay12.blogspot.com

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, kapal layar mewah Equanimity dibawa ke Pulau Langkawi kerana ia tidak boleh terus berlabuh di sesuatu tempat sepanjang masa. Perdana Menteri berkata, kapal akan menghadapi masalah jika ia terus berada di satu tempat untuk tempoh yang panjang. Perdana Menteri ketika dipetik Harian Metro berkata,
Kapal mesti belayar. Anda tidak boleh terus menyimpannya sepanjang masa kerana ia boleh menyebabkan teritip dan sebagainya berkumpul. Jadi, ia perlu belayar sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh beberapa hari.
Pertama, kenyataan Perdana Menteri hari ini bercanggah dengan kenyataan pihak polis semalam. Kenyataan pihak polis semalam berkata, pelayaran kapal layar mewah Equanimity dari Pelabuhan Klang pelabuhan Tanjung Lembung, Langkawi, adalah untuk tujuan simpanan.


Kedua, kalau benarpun kapal Equanimity perlu belayar, kenapa tidak berhenti dan berlabuh di pelabuhan TLDM di Lumut? Bukankah lebih dekat? Kenapa mesti Langkawi? Tun Dr Mahathir apabila ditanya mengapa kapal layar mewah itu belayar dari Pelabuhan Klang ke Langkawi, berkata, 
Saya tidak tahu. Terima kasih kerana memberitahu saya. Saya harap apabila pergi ke Langkawi saya dapat melihatnya.
Sindrom tidak tahu ini bukan sahaja berlaku kepada Perdana Menteri, malah anaknya yang juga Menteri Besar Kedah, DS Mukhriz Mahathir turut mengalami sindrom yang sama. Kebetulan?

 

Subscribe to receive free email updates: