Bajet 2019: Bila Harga RON95 diapungkan, PH jelas Hipokrit - Najib Razak infomalay12.blogspot.com

Antara bahagian perbahasan belanjawan 2019 yang saya tidak sempat untuk menyampaikan tengah hari ini termasuk bahagian berikut:
---
Belanjawan 2019 juga mengembalikan pengapungan harga minyak sekali lagi di mana langkah itu adalah satu perkara yang PH gunakan sebelum ini untuk menyerang BN sepanjang 3 tahun lalu. Patutkah saya katakan anda hipokrit?

Perbezaan ketika BN mengapungkan harga minyak, kita lakukannya ketika harga minyak global adalah rendah, justeru harga minyak bagi rakyat berkurangan, sehingga RM1.60 seliter bagi RON95 untuk beberapa bulan pada 2015 dan 2016. Ia kemudian dinaikkan secara berperingkat bagi meringankan sebarang kesan mengejut inflasi.

Harga RON95 mungkin lebih tinggi pada sekitar RM2.60 per lite dan untuk mereka yang layak menerima subsidi 30sen satu liter, harga yang mereka bayar akan lebih tinggi dari harga RM2.20 kini.

Juga perlu diingatkan ialah perniagaan dan sektor komersial tidak menerima manfaat dari sistem subsidi yang bakal dilaksanakan PH menggunakan kad.

Oleh itu, jika PH mengapungkan harga minyak ketika harga minyak global adalah tinggi, ia akan menyebabkan kenaikan mengejut yang akan mengakibatkan inflasi mencanak naik.

Suatu "shock to the system" yang perlu dielakkan.

Sistem subsidi terkawal yang mungkin menggunakan kad ini bukan satu idea baru kerana kerajaan BN sebelum ini sudah melakukan penilaian dan kajian terhadap sistem ini beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, kami buat keputusan untuk tidak melaksanakannya dengan mengambil kira jumlah stesen minyak dan jumlah pam di negara mengakibtkan kos yang sangat tinggi untuk dilaksanakan dan dikendalikan. Ia juga terdedah kepada ketirisan dan penipuan.

Adalah lebih baik sebenarnya jika PH menambah RM30 sebulan atau RM360 setahun kepada pembayaran BR1M terus kepada kumpulan B40 berbanding menanggung kos yang besar untuk menyediakan satu sistem baru subsidi.

Oleh: Najib Razak

Subscribe to receive free email updates: