Amanah Bawa Islam Ala Tunisia? infomalay12.blogspot.com

Pulau Pinang: Jika PAS kalah dan Amanah dapat memenangi pilihan raya kelak, Malaysia akan dapat merasai Islam ala Tunisia dan bukannya Saudi atau Iran. 

Begitu pandangan yang dikongsikan oleh Wong Chin Huat, Ketua Bahagian Kajian Politikal Dan Sosial badan pemikir DAP, Penang Institute pada satu forum yang dianjurkan badan itu sendiri, pada 25hb Januari lepas. 

Tidak pasti apa yang dimaksudkan sebagai Islam ala Saudi atau ala Iran. “If this time PAS did not survive and Amanah survive better. That basically say PAS survival is a big question? 

This does not mean that Islam gonna fade out from Malaysian politic but it’s a different kind of Islam. It’s a different kind of political Islam. It’s not your Saudi or Iranian style but Tunisian style, its one that is going to be much more inclusive and so on.” 

Komen beliau dibuat ketika cuba menyakinkan hadirin bahawa jika Amanah menang Pilihan Raya Umum ke-14 kelak, Islam yang akan berkembang di Malaysia adalah Islam yang lebih inklusif ala Tunisia.

 Kumpulan liberalis suka ‘mendewakan’ Rached Ghannouchi dan suka menggunakan Tunisia sebagai jawapan kepada negara Islam ideal kerana memilih sebuah Perlembagaan sekular. 

Namun pada Ogos lepas Rached Ghannouchi memuji Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebenar yang perlu dicontohi dan dipelajari oleh negara-negara Islam lain termasuk Tunisia.

-menara.my

Subscribe to receive free email updates: