1MDB ~ Heret Jangan Tak Heret..! infomalay12.blogspot.com


Ketawa besar nampak..!

Siapa juga yang terlibat dalam penipuan dan penyelewengan perlu dibawa ke muka pengadilan..! Itu jelas pendirian yang kita pegang dari dulu hingga kini..!

Lebih lagi jika merompak wang negara..! Lagi cepat lagi bagus..!

Roger Ng diekstradisi ke AS dalam tempoh 60 hari
Bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng dijangka diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh 60 hari bermula dari hari penahanannya, berkaitan dengan siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kata Datuk Seri Amar Singh.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman berkata, Malaysia memperoleh perintah reman selama 60 hari berikutan penahanan Ng pada 1 November di Malaysia.
"Kita sedang membantu Jabatan Kehakiman (DoJ) AS.

"DoJ perlu menyelesaikan segala urusan dan dokumentasi yang diperlukan, berkaitan dengan proses ekstradisi dalam masa 60 hari," katanya pada sidang media selepas melancarkan balai polis Sri Hartamas, Rabu.

DoJ telah mendakwa bekas rakan sejawatnya, Tim Leissner bersama pembiaya, Low Taek Jho, yang juga dikenali sebagai Jho Low, di atas dana yang disalahgunakan daripada 1MDB dan membayar rasuah kepada beberapa pegawai Malaysia dan Abu Dhabi.

Sebanyak tiga pertuduhan terhadap Jho Low, kerana menyalahgunakan wang daripada 1MDB dan menggunakannya untuk rasuah dan sogokan kepada pegawai asing, untuk membayar hartanah mewah, seni dan barang kemas di AS serta membiayai filem Hollywood, termasuk The Wolf of Wall Street.


Kebenaran mungkin boleh ditekan..! tapi apapun kebenaran akan tetap muncul di permukaan..! Hanya waktu yang akan menentukan..!

Kebenaran tidak akan pernah gagal..!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Subscribe to receive free email updates: