Zahid tiba di mahkamah dijangka menghadapi 45 pertuduhan

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di mana beliau dijangka menghadapi 45 pertuduhan.
Sumber-sumber SPRM berkata Zahid akan berdepan dakwaan berkaitan dengan Yayasan Akal Budi, dan penggubahan wang.
Bagaimanapun, sumber-sumber berkata dakwaan lain tidak berkaitan dengan 1MDB.
Pada bulan Julai, MP Bagan Datuk itu disoalsiasat oleh agensi anti-rasuah SPRM.
Dalam pusingan pertama, soalsiasat ialah mengenai derma keluarga diraja Saudi kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, manakala pusingan kedua berkaitan dengan dana Yayasan Akal Budi.