[Video Hsik, Tolong La Lepaskan Dia Hsik, Kami Hanya Mampu Baca Yasin Je Hsik, Hsik & Akhirnya Azeez Rahim Dibebaskan Dgn Jaminan SPRM] Dok leklok kan bagus! Adun Pas kunjungi YB Asmuni Bin Awi (Exco Agama) & YB Dr Hata Ramli T/M Pembangunan Usahawan menerima kunjungan Ust Ismail Kamus. infomalay12.blogspot.com

Jumaat, 5 Oktober 2018

Foto Asmuni Awi.
Hari ini saya menerima kunjungan Adun Pas Yb Mohd Akmal Kamaruddin (Adun Selama) di Pejabat saya. Membincangkan pelbagai perkara khususnya berkaitan kepentingan rakyat Dun tersebut. Kerajaan Negeri Perak bersifat terbuka dan akan membantu serta bekerjasama dengan semua pihak demi kesejahteraan rakyat.
Foto Yazid Alias.
Menerima kunjungan Ust Ismail Kamus di Pej Timbalan Menteri
Foto Parti Amanah Negara.
Berikut Adalah Jadual Pimpinan Amanah bersama Bagi Kempen PRK P132 Port Dickson.

Abdul Azeez bebas dengan jaminan SPRM

Anggota Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes rasuah dibebaskan hari ini.
Majistret Ahmad Afiq Hasan membenarkan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) itu dan abangnya, yang digelar “Datuk”, dibebaskan dengan jaminan berjumlah RM1 juta dan dua penjamin selepas tempoh tahanan reman berakhir hari ini.
Anggota Majlis Tertinggi Umno itu ditahan pada 25 Sept selepas hadir di ibu pejabat SPRM bagi memberi keterangan membantu siasatan kes menerima rasuah.
SPRM menahan abang Abdul Azeez setengah jam kemudian di sebuah lokasi di Sungai Buloh, Selangor, manakala sepupu mereka, yang juga seorang pengarah syarikat berusia 36 tahun, ditahan pada 5.30 petang hari yang sama di Putrajaya.
Kesemua mereka direman selama empat hari bagi membolehkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.
Mk.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :