Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hadir pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Darul Naim hari ini. Foto: Bernama
(Ubah saiz teks)
KOTA BHARU - Kehadiran Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed pagi ini menggamit suasana ceria pada permulaan persidangan hari akhir Sidang Dun Belanjawan Kelantan 2019, di sini.
Kehadiran Mustapa yang juga Adun Ayer Lanas buat kali pertama hari ini disambut dengan seloroh daripada Speaker Dun, Datuk Abdullah Yaa’kub dan diiringi tepukan daripada anggota dewan.
Abdullah menyakat Mustapa ketika beliau bangun untuk berterima kasih kerana meluluskan ketidakhadirannya pada hari pertama dan kedua persidangan.
“Betul ke Ayer Lanas sudah berhijrah?” seloroh Abdullah kepada Mustapa dan Ahli Parlimen Jeli itu bingkas lalu menjawab “betul datuk speaker”.
Mustapa ketika bertanyakan soalan tambahan kepada Adun, Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob, turut berterima kasih kepada mereka yang mendoakan penghijrahannya ke Bersatu.
Dewan bingit seketika apabila Ahmad semasa menjawab soalan diajukan Mustapa sempat mengucapkan “semoga berjaya dan selamat berhijrah” kepadanya.
Dalam pada itu, Abdullah juga mengumumkan permohonan ketidakhadiran ketua pembangkang, Datuk Md Alwi Che Ahmad untuk persidangan hari ini.
Kedatangan Mustapa ditunggu-tunggu media dan juga ahli dewan selepas beliau berhijrah kepada Bersatu, Jumaat lalu.
Sinar Harian