MUJAHID KETIKA MEMBUAT KENYATAAN DALAM KEADAAN BENGONG, KEPALA TENGAH HIGHT KOT.
KENYATAANNYA TELAH DISOKONG OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA, INI MENUNJUKKAN KENYATAANYA BENAR DAN BUKAN DISALAH TAFSIR.
MUJAHID JANGAN BANYAK SANGAT KELENTONG DALAM MASALAH AGAMA, ITU TIDAK BAIK BAGI SEORANG UMAT ISLAM.
BUKAN SALAH TAFSIR TAPI KENYATAANNYA MEMANG SUATU KENYATAAN TIDAK RELAVEN, SOALNYA APA YANG MENDORONG BELIAU BERCAKAP DEMIKIAN ?
SEMUA ORANG FAHAM, DARI PERENGKAT YANG TAK FAHAM AGAMA HINGGALAH MANUSIA YANG BERTARAF MUFTI, SEMUANYA FAHAM SEBAB ITU JANGAN CUBA NAK NAFIKAN !!!
INI BUKAN KALI PERTAMA MUJAHID MEMBUAT KENYATAAN BODOH DAN TIDAK POPULAR, DAH BANYAK KALI DAH. POKOKNYA MUJAHID INI FAHAM AGAMA TAK ? ATAU ELOKLAH LETAK SAHAJA JAWATAN TU, BUAT MALU ORANG RAWA JEW !!!.
-Pak Karamu-
Kenyataan saya disalah tafsir: Mujahid
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menafikan laporan yang mengambarkan bahawa beliau seolah-olah membenarkan perbuatan maksiat dan khalwat.
Mujahid menegaskan, kenyataannya telah disalah tafsir malah beliau menjelaskan bahawa konsep nahi mungkar tidak hanya dilaksanakan dalam bentuk penguatkuasaan semata-mata sebaliknya, menekankan pendekatan dakwah dan pendidikan keluarga sebagai salah satu bentuk tindak balas hidup masyarakat.
Menurutnya dalam artikel yang diterbitkan The Star itu tidak seperti yang dimaksudkannya malah kenyataan seolah-olah berbaur fitnah terhadap dirinya.
“Kenyataan saya dalam temu bual The Star itu, apa yang disebut dalam kepala tajuk itu tidak keluar daripada mulut saya.
“Saya hanya bercakap tentang isu kesalahan ataupun yang dikatakan ruang awam dengan ruang peribadi bahkan saya juga turut tekankan berkenaan salah guna kuasa dan pencerobohan di ruang peribadi yang tidak menggambarkan kaedah dan cara Islam.