Selesai isu kasut sekolah hitam, stokin warna apa pula? infomalay12.blogspot.com

Imej via The Malaysian Reserve
KUALA LUMPUR 14 Okt. – Walaupun isu berkenaan tarikh pe­nguatkuasaan pemakaian kasut hitam telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan, timbul pula isu warna stokin yang akan dipakai oleh murid dan pelajar di sekolah kerajaan serta bantuan kerajaan dalam kalangan peruncit.

Naib Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, Datuk Ameer Ali Mydin berkata, hal itu kerana kementerian perlu memaklumkan kepada peniaga sama ada warna stokin putih oleh murid dan pelajar sekolah berkenaan akan turut ditukar kepada warna hitam selaras dengan penguatkuasaan pemakaian kasut hitam nanti.
“Kita menyambut baik tarikh penguatkuasaan pemakaian kasut hitam berkuat kuasa pada 2021 kerana dalam masa tiga tahun bermula tahun ini, stok kasut putih dapat dijual oleh para peniaga.

“Bagaimanapun, timbul persoalan dalam kalangan peniaga berkenaan warna stokin yang akan dipakai oleh murid dan pelajar sekolah berkenaan. Sekiranya pihak kementerian mahu melakukan penyelarasan, maka para peniaga boleh buat persediaan stok stokin hitam pada tahun hadapan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan memutuskan pelaksa­naan pemakaian kasut hitam di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada 2021.

Mengulas lanjut, Amer yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) berkata, ibu bapa tidak perlu bimbang dengan harga kasut hitam yang dikatakan le­bih mahal daripada kasut putih.

Katanya, terdapat banyak pilihan kasut hitam berkualiti dijual dengan harga yang hampir sama dengan kasut putih di pasaran tempatan.

“Sekiranya kasut putih milik anak-anak masih elok, le­bih baik gunakannya sehingga benar-benar lusuh. Jangan lakukan pembaziran dengan membeli kasut baharu kerana kementerian memberi masa sehingga hampir tiga tahun untuk menggunakan kasut yang ada sebaiknya,” katanya.

Sumber: Utusan

loading...

Subscribe to receive free email updates: