Belum sempat reda tragedi struktur konkrit jambatan pintasan runtuh seminggu lalu, berlaku pula kejadian tanah runtuh di kawasan tapak pembinaan jalan raya berkembar dari Paya Terubong menghala ke Relau.
Kawasan runtuhan dianggarkan berkeluasan 500 x 200 kaki. Empat buah kontena tertimbus. Maklumat awal dari sumber BERNAMA berkata, terdapat 10 orang mangsa turut tertimbus, di Jalan Bukit Kukus.