Berhubung penamatan kontrak bawah tanah Transit Aliran Massa 2 (MRT2) oleh Kerajaan Pakatan Harapan semalam, bakal mengakibatkan kehilangan kerja kepada lebih 20,000 tenaga kerja terlibat dalam kerja-kerja bawah tanah daripada rantaian bekalan lebih daripada 600 syarikat Malaysia. Daripada 20,000 itu, lebih daripada 3,000 adalah kakitangan usaha sama MMC Gamuda dan lebih daripada 60 peratus adalah Bumiputera.
Namun, perkara ini tidak perlu dirisaukan. Pemuda Pakatan Harapan telah menjanjikan 1 juta peluang pekerjaan dengan gaji minimum RM2,500. Apa yang penting adalah Barisan Nasional dan UMNO telah diturunkan di dalam Pilihan Raya Umum ke 14. Selamat maju jaya 20,000 pekerja MMC Gamuda. Ini keputusan anda. Kami menghormatinya.