Gara-gara gambar Menteri Kebudayaan Dan Sukaneka, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak berbaju di dalam tab mandi yang dimuat naik ke media sosial, baru-baru ini, beliau hari ini memberi amaran kepada pengamal media agar berwaspada ketika melaporkan berita. Kata Syed Saddiq, baca di sini,
Buat liputan isu yang lebih penting. Saya rasa itu lebih baik. Media perlu berhati-hati tentang laporannya.
Persoalannya, kenapa kesalahan perlu ditunding kepada pihak media? Pertama, bukan media yang berendam di dalam 'bath tub' yang diisi dengan ais, tetapi Syed Saddiq. Kedua, bukan media yang mengambil gambar, sebaliknya mungkin rakan-rakan atau Pegawai Khas Syed Saddiq. Ketiga, bukan media yang memasukkan ke laman sosial Instagram beliau, tetapi Syed Saddiq sendiri atau Pegawai Khas beliau.
Bila isu menjadi panas, media yang dipersalahkan. Dan kesimpulannya, Menteri 'kanyaq' (kata orang Kedah) berkata,
Media sepatutnya membuat liputan mengenai isu yang lebih penting dan bukannya bertanyakan soalan yang remeh.
Sekiranya Syed Saddiq atau mana-mana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan hendak media melaporkan perkara yang lebih penting, maka kenyataan yang berkualiti juga perlu dikeluarkan oleh pihak Menteri. Tidakkah itu adil?