Malaysia Baharu semakin nazak. Elaun Angkatan Pertahanan Awam (APM) pun Jabatan Perdana Menteri hendak tangguhkan bayaran sehingga terjejas penugasan di Pusat Kawalan Operasi APM. Wang negara boleh dibazirkan berjuta untuk 'rombongan Cik Kiah' ke London - New York - London, sedangkan elaun APM seciput dibekukan.
0leh kerana terdapat anggota mahu berkhidmat secara sukarela bagi menjaga nama baik jabatan, APM akan mengambil dua langkah:
1. Pusat kawalan yang masih berkemampuan untuk melaksanakan penugasan meneruskan perkhidmatan seperti biasa dan elaun akan dibayar selepas APM menerima peruntukan daripada JPM.
2. Bagi yang tidak berkemampuan diminta tangguhkan penugasan sehingga keadaan pulih seperti biasa.
CTS tidak dapat memberikan komen berlebihan melainkan mengucapkan tahniah buat pengundi-pengundi Pakatan Harapan. Baru 4 bulan beb! Hadaplah bersama-sama.