Tidak ada lagi ketukan di pintu pada tengah malam dan tidak ada pecah pintu oleh pihak berkuasa agama untuk menyiasat laporan khalwat atau sebarang dakwaan perlakuan maksiat lain.
Malahan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa menegaskan bahawa orang Islam yang melakukan maksiat di dalam kawasan tertutup, tidak ada kena-mengena dengan kerajaan. Mujahid berkata,
Katakan anda melakukan sesuatu yang peribadi, di ruang peribadi. Saya tidak akan campur.
Sebagai contoh, meminum alkohol adalah salah bagi seorang Islam tetapi jikalau anda minum arak dalam ruang anda sendiri, sebagai kerajaan, saya tidak akan campur.