Inilah peluang terbaik untuk selesaikan isu RM2.6 bilion yang difitnah Pakatan Harapan sejak dahulu. Perdana Menteri, Menteri Luar mana-mana Menteri Half Past Six boleh bertanya terus kepada Menteri Luar Arab Saudi, betul atau tidak ada Arab gila telah menderma RM2.6 bilion kepada DS Najib Tun Razak.
Gelaran Arab Gila diberikan sendiri oleh Perdana Menteri, malah diulang-ulang di setiap ceramah beliau (tonton video di bawah). Dapatkan penterjemah seramai mungkin kerana kita tidak mahu nanti diberi alasan, kami tidak tahu berbahasa Arab.
Kalau ikutkan jadual, sepatutnya Menteri Luar Arab Saudi akan berjumpa Perdana Menteri hari terakhir lawatan beliau. Namun, sekarang Perdana Menteri berada di Thailand. Kita takuti Perdana Menteri mencari helah lain untuk tidak bertemu dengan Menteri Luar berkenaan, kerana mahu isu ini kekal relevan sehingga PRU15.