[Video Najib UMNO Jerit Ketuanan Melayu Dan Maki DAP Tapi Pecat 800 Pekerja Melayu Syarikat Sendiri] Batalkan program politik di masjid. infomalay12.blogspot.com

Isnin, 24 September 2018

Batalkan program politik di masjid

Batalkan program politik di masjid
Asmuni (dua, kiri) beramah mesra dengan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang terlibat dalam program gotong-royong tersebut.
IPOH - Kerajaan Perak mengarahkan semua program berunsur politik kepartian di masjid dan surau di negeri ini dihentikan.
Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi berkata, institusi masjid dan surau sepatutnya menjadi tempat penyebaran ilmu dan memberikan kefahaman kepada masyarakat.
Menurutnya, tindakan menggunakan masjid sebagai tempat untuk kempen politik boleh hanya akan merenggangkan hubungan masyarakat.
“Saya tidak akan benarkan masjid digunakan untuk tujuan politik dan saya akan keluarkan arahan supaya pihak Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) bertegas dalam perkara ini.
“Pihak Jaipk perlu keluarkan arahan kepada semua masjid dan surau supaya menghentikan penyalahgunaan premis masjid dan surau-surau yang menggunakan nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk sebar luaskan agenda parti politik tak kira parti mana sekali pun sama ada kerajaan atau pembangkang,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas hadir program Gotong-Royong Jom Perangi Denggi di Dewan KRT dan Dataran Kampung Tengku Hussein, Manjoi, di sini, hari ini.
Asmuni berkata, kerajaan negeri tidak menghalang masjid digunakan untuk tujuan kebaikan seperti kuliah atau ceramah yang memberikan pengetahuan kepada masyarakat.
Bagaimanapun, menurutnya, ada parti tertentu melalui NGO tertentu menggunakan masjid untuk tujuan menyebarkan agenda parti.
“Saya tidak mahu parti politik menggunakan masjid untuk menyebarkan agenda mereka itu dengan bertopengkan NGO.
“Jadi saya tak menghalang parti politik berkempen dan kita meraikan kebebasan bersuara tetapi jangan gunakan premis masjid, sila gunakan tempat lain,” katanya.
Sementara itu, Asmuni turut meminta Jaipk mengeluarkan arahan kepada sebuah masjid di Bagan Serai untuk membatalkan rancangan mereka menganjur satu himpunan pada 5 Oktober ini.
Berdasarkan poster program yang tular di media sosial, kita melihat penganjuran program tersebut bersifat politik malah tokoh-tokoh yang ditampilkan juga merupakan pimpinan sebuah parti politik.
Katanya, jika arahan itu tidak dipatuhi, tindakan tegas akan diambil ke atas jawatankuasa pengurusan masjid tersebut.
SH.
Foto Parti Amanah Negara.


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :