KESIAN PENGURUSI PAN TRENGGANU KETINGGALAN ZAMAN, DIA TAK TAHU MELAYU SUDAH PECAH LIMA.
OTAK DIA SAMA SEPERTI PENGURUSI PAKATAN HARAPAN. HUJAHNYA SANGAT LOW STANDARD.
TELAH DITERANGKAN BAHAWA ORANG MELAYU SUDAH MENJADI KERBAU CUCUK HIDUP OLEH KUASA BUKAN ISLAM.
APABILA MAHADHIR DAGOH DENGAN KU LI SEMANGAT 46 UJUD, MAKA BERPECAHLAH ORANG MELAYU, MU FAHAM TAK ?
APABILA MAHADHIR GADUH DENGAN ANUAR BIN IBRAHIM, MAKA PKR DI TUBUHKAN MAKA BERPECAH LAGI MELAYU, MU FAHAM TAK ?
APABILA MAHADHIR GADUH DENGAN NAJIB MAKA BERSATU DI TUBUHKAN, MAKA BERPECAH LAGI MELAYU, MU FAHAM TAK ?
BILA PAS BERPECAH SESAMANYA KERANA TERPENGARUH DENGAN PUTRA JAYA DAN DIPENGARUHI OLEH ORANG KAFIR JUGA MAKA LAHIRLAH PAN, MU FAHAM TAK ?
ATAS KESEDARAN KU LI MAKA SEMANGAT 46 KEMBALI KEPADA UMNO TAPI TIDAK SEMUANYA INSAF SEBAB FULUS, MU FAHAM TAK ?
HARI INI APABILA UMNO DAN PAS PAKAI AKAL, MAKA MEREKA BERSATU KEMBALI, SALAHKAH ? MUNG PAKA OTOK BODOH MUNG KO ? BIADAB MUNG !!!
MUNGLAH PEROSAK BANGSA DAN AGAMA,
-Pak Karamu-
Pelik kerjasama Umno - Pas
Raja Kamarul Bahrin Shah
(Ubah saiz teks)
KUALA TERENGGANU - PH Terengganu hairan dengan sikap Pas yang mahu bekerjasama dengan Umno sedangkan dua pemimpin Umno sendiri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman bertindak meninggalkan parti itu.
Pengerusinya, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, semua pihak termasuk pengikut dan ahli Pas tertanya-tanya apakah faktor menjadikan Pas begitu tertarik dengan Umno sehingga presiden dan pemimpin Umno dijemput ke muktamar Pas baru-baru ini.
“Kalau dulu Pas pernah mengunakan istilah mendukung biawak hidup pada sesiapa yang mendampingi Umno, hari ini siapakah yang sebenarnya mendukung dan memeluk biawak hidup yang kini amat parah keadaannya?,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Raja Kamarul Bahrin yang merupakan Pengerusi Amanah Terengganu juga mempertikaikan alasan Pas bahawa mereka perlu bekerjasama dengan Umno demi menjaga agama dan bangsa sedangkan Umno bukanlah sebuah parti yang menjaga kepentingan Islam serta Melayu.
Umno yang didampingi oleh Pas sekarang kononnya untuk menyelamatkan Melayu dan Islam telah meninggalkan hanya 12 peratus tanah rezab Melayu selepas 60 tahun memerintah dan merosakkan kewangan Felda, Mara dan Tabung Haji dengan teruk.
Beliau turut membangkitkan persoalan bukankah Umno telah ‘menggadai’ sebahagian besar ekonomi Malaysia-Melayu kepada negara China melalui projek kereta api, pelabuhan-pelabuhan laut, projek hartanah dan berbagai lagi dengan harga yang merugikan negara.
“Ini adalah penjajahan ekonomi moden hari ini. Kerajaan China juga menindas, membunuh dan menzalimi kaum Muslim Uighur di Xinxiang. Umno pula menghantar delegasinya meraikan konvensyen Parti Komunis China. Dimana semangat solidariti sesama Muslim yang dizalimi?
“Sekarang, Pas mendampingi Umno untuk berkerjasama. Pas tidak bersuara tentang kepincangan dalam isu-isu ekonomi dan kezaliman itu sebaliknya kelihatan menerima sepenuhnya pendirian tersebut. Apakah hasrat pimpinan Pas sebenarnya?
“Masalah ekonomi dalaman dari wang yang hilang lebih besar sebenarnya dari isu perkauman yang digembar gemburkan hari ini oleh Umno dan Pas,” katanya.
Raja Kamarul Bahrin turut menyifatkan keputusan Mustapa dan Anifah meninggalkan Umno sebagai tindakan bijak kerana Umno kini terpalit dengan skandal rasuah begitu banyak termasuk isu 1MDB dan kehilangan wang cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta cukai pendapatan.
Atas situasi itu katanya, tindakan pemimpin Umno keluar parti bukanlah perkara pelik sebaliknya yang menghairankan adalah keputusan Pas menjalinkan kerjasama dengan Umno.
“Bukankah rakyat telah memecat parti yang telah memerintah lebih 60 tahun kerana rasuah dan kezaliman yang Pas juga menentang suatu ketika dahulu ?
“Dengan mendakap dan mendukung Umno yang ditolak rakyat menunjukan Pas tidak ambil berat isu rasuah dan kezaliman yang diamalkan oleh mereka,” soalnya.