KU LI PERNAH CARI PAS DAN MELUTUT SEMASA SEMANGAT 46.
HARI INI BILA DIA DAH TUA SERTA UMNO TOLAK JADI PRESIDEN
SEPATUTNYA DIA INSAF DAN TIDAK MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENGHINA UMNO.
KU LI KENA CERMIN MUKA DULU SEBELUM MENGELUARKAN KENYATAAN YANG MENGHINA PUCUK PIMPINAN SEKARANG.
KU LI TAK PAYAH NAK LAGA-LAGAKAN SEMANGAT AHLI UMNO YANG HENDAK MENYATUKAN ISLAM/MELAYU
KU LI JANGAN JADI MANUSIA BODOH SOMBONG !!!
-Pak Karamu-
Ku Li pun pernah cari Pas
Razak (kanan) menunjukkan kenyataan Razaleigh dalam Sinar Harian, semalam.
(Ubah saiz teks)
RANTAU PANJANG - Pemimpin Umno dinasihatkan untuk mendalami sejarah politik tanah air sebelum mengeluarkan kenyataan.
Presiden Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Razak Abas berkata, nasihat sama dituju kepada Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah kerana seakan lupa dengan peristiwa politik ketika beliau ‘merangkak’ cari Pas selepas menubuhkan Semangat 46.
Menurutnya, kerjasama Tengku Razaleigh dan Pas Kelantan bagi menubuhkan Kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah ketika itu menyebabkan Umno hilang Kelantan.
“Namun Tengku Razaleigh memutuskan silaturahim dengan Pas menyebabkan penyokong menanggap beliau selaku Presiden Semangat 46 ketika itu sebagai tidak pernah ikhlas.
“Selepas pembubaran Semangat 46, penyokong Umno mula berpecah dan memilih Pas, sejarah kembali berulang apabila penyokong dan pemimpin Umno berlari mencari Pas selepas PRU14,” katanya.
Ujar beliau lagi, meskipun menyedari hakikat itu, kepimpinan dan ahli Pas tidak pernah menjemput Umno untuk bekerjasama tetapi sekadar menguatkan barisan pembangkang di Parlimen.
Razak katanya, beliau tidak bersetuju jika gabungan politik dilakukan kerana Umno ialah parti yang membawa penyakit.
Beliau yang juga bekas Jawatankuasa Badan Perhubungan Semangat 46, menasihati Tengku Razaleigh supaya beliau mengundurkan diri daripada arena politik kerana kepimpinan Umno mungkin tidak menyebelahi beliau, sebagaimana kekalahannya dalam pemilihan Presiden Umno baru-baru ini.
Semalam Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan Umno tidak sewajarnya merangkak mencari Pas untuk memulihkan imejnya selepas kekalahan dalam PRU14, 9 Mei lalu.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, jalinan hubungan antara Umno dan Pas tidak pernah dibincangkan secara rasmi dan menyeluruh.
Nasihat sama dituju kepada Tengku Razaleigh kerana seakan lupa dengan peristiwa politik ketika beliau mencari Pas selepas menubuhkan Semangat 46.