Tidak dapat dipastikan sama ada seorang Menteri dan seorang Timbalan Menteri ini terlibat di dalam sebarang kempen kesihatan. Menteri Syed Saddiq berjanji akan bersenam 5 kali seminggu manakala Timbalan Menteri Hannah Yeoh berjanji untuk mengurangkan minum air manis dan banyakkan minum air kosong.
Apapun kedua-dua janji ini adalah bersifat peribadi. Rakyat lebih menantikan janji manifestomato seperti tol percuma, PTPTN percuma dan sebagainya di dalam buku Harapan ditunaikan.
Apapun janji kesihatan yang dijanjikan oleh Menteri dan Timbalan Menteri untuk diri sendiri kami sebagai Rakyat perduli apa. Sekiranya mereka sakit dan meninggal dunia, buat sahaja pilihan raya kecil. Apa susah?