MASA BN MEMERINTAH, KITA SALAHKAN KERAJAAN.
KERAJAAN TAK PANDAI, BOROS, KORAP, SEBAB TU RINGGIT MERUDUM,
KEMUDIAN DITERANGKAN SEBAB-SEBAB RINGGIT SEMAKIN LEMAH, NAMUN RAKYAT DIBERITAHU SEMUA SALAH KERAJAAN.
APABILA SAMPAI PEMBANGKANG MEMERINTAH, MAKA RINGGIT TETAP TENAT, MALAH EKONOMI TETAP TERUS TERUK,
MANIFESTO TERKUBUR DENGAN SENDIRINYA. KEMUDIAN PIMPINAN PAKATAN HARAPAN TERUS MEMBAZIR WANG RAKYAT.
CONTOH KETARA PILIHANRAYA KECIL YANG SENGAJA DI BUAT-BUAT.
NAMUN RAKYAT TETAP TERUS BUTA DAN MEMBUTA
MERDEKAAAAA !
-Pak Karamu-
Semua mata wang negara defisit, bukan ringgit sahaja
gambar hiasan
(Ubah saiz teks)
PETALING JAYA - Penyusutan nilai mata wang bukan hanya melibatkan negara ini bahkan semua negara berdepan situasi defisit yang sama.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Argentina antara negara yang turut mengalami situasi tersebut apabila mata wang negara itu menyusut sehingga 50 peratus.
Menurutnya, penyusutan berkenaan berlaku juga disebabkan oleh peperangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.
“Semua mata wang defisit, Argentina 50 peratus. Penyusutan nilai mata wang ini berlaku kerana perang perdagangan antara Amerika dan China, selain prestasi ekonomi negara masing-masing,” katanya dalam sidang media di Menara Yayasan Selangor, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS]
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini ketika para pelabur mengharapkan pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) yang lebih positif bagi Ogos.
Pada pukul 9 pagi hari ini, ringgit mengukuh kepada 4.1380/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1430/1460 sewaktu ditutup semalam.