ANUAR IBRAHIM BOLEH TIDUR LENA KERANA BOLEH MENANG MUDAH DI P. DICKSON, KEDUA-DUA PARTI BN DAN PAS TIDAK MEMPUNYAI KEMAMPUAN BERHADAPAN DENGAN ANUAR IBRAHIM DI P.D
SEMENTARA ITU:
KOTA BHARU – Pas mungkin tidak meletak calon untuk PRK Port Dickson 13 Oktober ini, kata Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
SEMENTARA ITU:
Pas belum buat keputusan
Mohd Amar Nik Abdullah
Pak Karamu-
BN boikot PRK Port Dickson
Ahmad Zahid berkata demikian ketika sidang media di PWTC, hari ini
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] BN tidak akan meletakkan calon pada PRK Port Dickson yang akan diadakan pada 13 Oktober ini.
Presiden Umno, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu diputuskan selepas hasil mesyuarat dan perbincangan dengan rakan komponen BN.
"Maka kita telah ambil keputusan setelah Biro Politik Umno mengadakan mesyuarat dan perbincangan bersama rakan komponen khususnya MIC dan MCA, maka kita megambil keputusan bahawa BN akan memboikot PRK Port Dickson ertinya kita tidak letak calon daripada mana-mana calon daripada BN," katanya dalam sidang medianya di PWTC, di sini hari ini.
Jelasnya, secara tradisinya kerusi Parlimen Port Dickson merupakan kerusi MIC.
"Kerusi ini telah diperuntukkan kepada MIC dan kita juga mempunyai parti komponen lain seperti PPP.
"Saya telah mengadakan rundingan dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC Tan Sri Vigneswaran Sanasee untuk menyatakan pendirian Umno dan perundingan yang dijalankan adalah untuk menghormati rakan komponen BN, " katanya.
Susulan keputusan itu, kerusi Parlimen Port Dickson sekarang ini menyaksikan hanya Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Bebas menyatakan hasrat untuk mencabar calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu, Zahid berkata tindakan memboikot PRK Port Dickson ini bukan tindakan kali pertama BN.
"Bagi kami tindakan memboikot dalam mana-mana PRK bukan kali pertama perkara sama kita sudah lakukan pada PRK Penanti," katanya
Sementara itu ketika ditanya sama ada Umno akan membantu Pas sekiranya parti Islam itu meletakkan calon pada PRK berkenaan , Zahid menegaskan sebarang rundingan ke arah itu masih tidak dijalankan lagi.
"Kita tidak ada sebarang perundingan secara muktamad... seperti yang berlaku di PRK sungai Kandis, Seri Setia malah di Balakong maka persetujuan itu berdasarkan tuntutan semasa dan keperluan ketika itu," katanya.
Pas sebelum ini menyatakan parti itu tidak akan memberi laluan mudah kepada Anwar untuk memenangi kerusi berkenaan.
Kerusi Port Dickson dikosongkan susulan tindakan penyandangnya Datuk Danyal Balagopal Abdullah untuk membolehkan Presiden secara sukarela mengosongkan kerusinya buat Anwar bagi membolehkan beliau diangkat sebagai Perdana Menteri kelapan kelak.