Adakah @maszlee Malik Cuba Ambil Kredit Usaha DS @NajibRazak? infomalay12.blogspot.com



Dengar apa yang Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik cuba sampaikan dalam video di atas. Beliau berkata seolah-olah Hospital Pengajar adalah 'jasa' beliau untuk Unimas. 

Hospital Pengajar (Teaching Hospital) Unimas telah dirangka sejak 2015 lagi, dan projek berkenaan akan dilaksanakan pada tahun 2019. Lihat keratan di atas.

Fakulti perubatan Unimas bermula pada tahun 1995. Takkan 1999 terus ada Hospital Universiti. Fakulti perubatan UKM bermula pada tahun 1972. Dan HUKM siap dibina pada tahun 1998. Ianya mengambil masa 26 tahun lamanya. 

Untuk makluman, DS Najib Tun Razak telah menyiapkan 'blueprint' khas untuk pembinaan Hospital Pengajar ini untuk tempoh 2015 - 2025. 

Selain Unimas, UMS juga termasuk dalam program ini. Baca di sini. Namun apakan daya, Rakyat menolak perancangan ini. Buat Dr Maszlee, takkan baru kahwin 3 bulan sudah dapat anak kot?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :